SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI TENIS MSSM, BAHAGIAN PENDIDIKAN SUKAN DAN SENI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Thursday 28 May 2015

Mesyuarat Jawatankuasa Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS)Tenis MSSM Bil.1/2015

Mesyuarat Jawatankuasa Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) Tenis MSSM Bil.1/2015 telah diadakan pada:

                 Tarikh :    28 Mei 2015 (Khamis)

                 Masa :      9.00 pagi hingga 4.00 petang

                 Tempat :  Bilik Mesyuarat Utama
                                 Bahagian Sukan
                                 Kementerian Pendidikan Malaysia












Wednesday 27 May 2015

Maklumat Penginapan Kejohanan Tenis MSSM 2015


Taklimat Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal

Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal telah mengadakan satu taklimat kepada semua guru dan murid yang akan bertugas di Kejohanan Tenis MSSM 2015 pada 6 hingga 12 Jun 2015. 








Mesyuarat Jawatankuasa Pengelolaan Kejohanan Tenis MSSM Bil.3/2015

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelolaan Kejohanan Tenis MSSM Bil.3/2015 telah diadakan pada 26 Mei 2015 di PPD Kinta Utara, Ipoh, Perak. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Wazir bin Mustafa, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan. Turut hadir dalam mesyuarat adalah Puan Nur Asmara Diana Abdullah, Penyelaras Tenis MSSM, Encik Manaf bin Asmuni, Timbalan PPD Kinta Utara, Encik Kamarudin bin Ghazali, Ketua Unit Sukan JPN Perak, Encik Zaharulaily bin Haji Ismail, Pegawai Unit Sukan JPN Perak, Pengetua dan Guru Besar dan Ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat dalam mengelolakan Kejohanan Tenis MSSM 2015.



















Tuesday 19 May 2015

Lawatan Tapak Kejohanan Tenis MSSM 2015

Jawatankuasa Pengelolaan Kejohanan Tenis MSSM 2015 telah mengadakan lawatan tapak ke beberapa gelanggang tenis pada 19 Mei 2015. Rombongan lawatan telah diketuai oleh Ketua Unit Sukan JPN Perak, Encik Kamaruddin bin Ghazali.




Perbincangan dengan pihak pengurusan Tenby International School

Rombongan Lawatan diketuai oleh Ketua Unit Sukan JPN Perak, Encik Kamaruddin bin Ghazali

Melawat tapak Majlis Penutupan Rasmi di Dewan JBS Ipoh




Friday 8 May 2015

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Tenis MSSM 2015 Bil.2/2015

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelolaan Kejohanan Tenis MSSM Bil.2/2015 telah diadakan pada 5 Mei 2015 (Selasa), jam 2.30 petang di SMK Gunung Rapat Ipoh. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Hasni bin Hashim, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Kinta Utara dengan kehadiran Puan Nur Asmara Diana Abdullah, Penyelaras Kejohanan Tenis MSSM 2015 (menggantikan Encik Anuar Idris) dan Encik Sajali bin Mohd Subari, PTPS Tenis MSSM. Antara agenda mesyuarat adalah pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 1/2015, maklum balas mesyuarat, taklimat urus setia kejohanan, laporan setiap jawatankuasa, kewangan dan lain-lain lagi.


Tn. Hj Hasni bin Hashim, Ketua PPD Kinta Utara dan Puan Nur Asmara Diana Abdullah, Penyelaras MSSM

En. Sajali, PTPS Tenis MSSM dan En. Shamsuri, PTPS Tenis Perak


Ahli-ahli Mesyuarat yang terdiri daripada pihak pentadbir sekolah

Ahli-ahli Mesyuarat


Kronologi Kejohanan Tenis MSSM 2015

* Nota : 

Penginapan Kontinjen ~

1. Asrama Kolej Vokesional Lebuh Cator
2. Asrama Kolej Vokesional Ipoh Persiaran Brash
3. Asrama SMK Raja Permaisuri Bainun

Penginapan Pengadil ~
Hotel Seri Malaysia, Ipoh

Info Umum Kejohanan Tenis MSSM 2015